BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 9, 2009

KATA KATA INSPIRASI


"Hal-hal yang nampak baik dan luar biasa dimata umum, belum tentu membawa kebaikan buat diri kita sendiri"

"Hal-hal yang nampak buruk dan hina di mata umum, belum tentu tidak membawa kebaikan buat diri kita dan juga buat orang lain"

"Biarlah masalah derajat manusia Tuhan yang menentukan, dan perlakukanlah semua manusia secara manusiawi"

"Sebuah misi,konsep, atau tujuan tinggi mugkin penting buat anda, tapi lebih penting apakah tujuan itu akan membuat anda bahagia"

"Banyak manusia yang kesulitan mencari kebahagiaan, padahal kebahagiaan adalah sangat sederhana, iaitu menerima dengan ikhlas semua hal yang di terimanya dan berbuat dengan ikhlas apa yang mesti dilakukannya"

"Sikap ikhlas bukan bererti orang yang pasif dan pasrah pada segala hal, tapi bentuk ketegaran hati yang di bentuk oleh kejujuran pada diri sendiri"

Sunday, November 8, 2009

GOOD LUCK


Kepada Semua pelajar SMK Jeli
Selamat mengulangkaji pelajaran dengan sebaik mungkin untuk SPM tidak lama lagi...
Selamat berjaya cikgu ucapkan..

salam perkenalan

Nama Saya Pn Salmah bt Deraman . Berjawatan sebagai seorang kaunselor semenjak tahun 2003 di SMK Jeli setelah berkhidmat selama 18 tahun sebagai seorang guru biasa. Menyambung belajar secara PJJ di UKM .Berumur 49 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai 6 orang anak. 2 daripadanya sudah bekerja ,1 di IPTA, 1 bakal mengambil SPM dan 2 di Sekolah rendah.


Hari ini adalah satu lagi sejarah apabila dapatmenulis di blok sendiri untuk dikongsi dengan semua pembaca. Anak ke dua yang membantu dan rasanya pencapaian dalam bidang IT sudah bertambah ilmunya. Thank You angah


Sebagai seorang kaunselor moto saya "TIADA MASALH YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN" . Penampilan diri sentiasa ceria dan mudah mengukir senyuman, boleh bergaul dengan semua orang. Yang paling penting kita minat dalam erjaya yang tuhan telah tentukan.


Kehidupan ...............Tiada dugaan yang besar, sekadar menambah pengalaman..........yang banyak mendengar masalah pelajar dan orang perseorangan ..........dan kadang-kadang tuhan menguji kita untuk merasa apa yang orang lain rasa.............. EMPTI

Salam Ukhwah

PerCubaan membuka blog untuk sesi kaunseling bersama pelajar dan sekolah..